KANDUNGAN

PEMBUKA BICARA :
“… kita semua sedia maklum akan sifat penjajah yang suka merombak-rombak sesebuah negara yang dijajah, maka kedatangan penjajah Inggeris, Belanda, Perancis dan lain-lain telah menyebabkan Alam Melayu yang subur, aman, makmur dan kaya raya ini turut terkocak dan bergelombang jiwa dalam tenang…”
“… penulis mengajak pembaca untuk keluar sementara daripada paradigma lama dan bersama-samalah kita menyelak helaian demi helaian catatan ini sambil berfikir dengan tenang dan kritis, agar tersingkap tirai fantasi yang telah menghijab kisah realiti sebuah bangsa yang telah lama dipandang sepi…”

THAILAND :
“… yang mengejutkan dalam ekspedisi pertama ini adalah apabila penulis mendapati ada beberapa buah perkampungan Melayu di Ayuthia. Seorang imam yang sempat ditemu bual mengatakan bahawa orang Melayu telah mendiami Ayuthia sejak zaman-berzaman lagi.,,"

“Terasa juga kesedihan kerana bumi yang dipijak itu sudah dikerat menjadi milik orang. Berapa kerat sahaja lagi tanah yang asalnya milik bangsa yang berkulit ciku masak ini yang tinggal? Penulis mula bertanya…”

KEMBOJA :
Bahana perang dan genocide pada
 zaman Pol Pot yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa orang Melayu Cham yang tidak berdosa telah melenyapkan hampir keseluruhan budaya dan sejarah masyarakat tersebut, membuatkan generasi baharu tercari-cari identiti, jati diri dan sejarah bangsa…”

“Istana Angkor Bayon yang telah dibina oleh raja Melayu Cham, yang kini menjadi nisan sejarah di bawah selian UNESCO, telah mengingatkan kita supaya jangan pula nanti terkubur tanpa nisan…”

VIETNAM :
“Champa ialah nama lama bagi Vietnam, manakala Kambayad Negara pula ialah nama lama bagi sebuah negara yang luas, yang kedudukannya merangkumi kawasan yang menjadi sempadan kedua-dua buah Negara, iaitu Vietnam dan Kemboja hari ini. Nama tersebut tercatat dalam sebuah peta Kerajaan Ottoman..."
 
“Jangan lupakan kami! Pesan mereka sebelum kami meninggalkan kampung itu menuju ke Saigon. Dalam pada itu terlihat pula kerut wajah pedih seorang anak jantan wilayah Kambayad Negara ini yang baru bersuci ‒ masuk Jawi!”

LAOS :
“…seorang pegawai di Kedutaan Malaysia membawa kami melawat komuniti kecil masyarakat Melayu Islam di Vientiane yang berpusat di Masjid al-Azhar. Mereka bermazhab Syafi’e dan merujuk kitab ulama-ulama Melayu Nusantara dahulu kala dalam menyampaikan pendidikan Islam…”

“…Gong Perdamaian Dunia yang berbahasa Melayu juga terdapat di sini. Gong yang sama juga terdapat
 di Bali-Indonesia, Geneva-Switzerland, Shandong-China dan Godollo-Hungary…”

CHINA :
“Ekspedisi menyeberang ke China melalui wilayah Pergunungan Selatan ataupun Yun Nan merupakan kemuncak kepada perjalanan kami. Tanpa hubungan erat antara kedua-dua buah negara; kira-kira 40 tahun yang lalu, ekspedisi ini mungkin tinggal angan-angan. Hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan Komunis China telah dirintis oleh...
“Deng menekankan bahawa sosialisme “bukan bermakna berkongsi kemiskinan.” Konsep ini bersesuaian dengan konsep zakat dalam Islam yang menekankan perihal berkongsi sedikit hasil kekayaan dengan orang miskin. Islam tidak pernah mengalakkan umatnya hidup melarat”

BURMA :
“Masjid ini umpama jantung komuniti 
Islam di sini. Para pendakwah di sini mengatakan ramai lagi puak-puak bukit di pedalaman wilayah utara ini yang masih tidak mengenali Islam. Dalam erti kata lain, belum sampai risalah Nabi Muhammad SAW kepada mereka. Maka, masih banyak usaha yang perlu dilakukan di wilayah sekitarnya”
“Wilayah yang terletak 
di sempadan tiga buah negara termasuk Burma dan Laos ini juga dikenali sebagai kawasan Segitiga Emas Candu atau the Golden Triangle. Chiang Rai ialah tempat persinggahan kami sebelum memasuki daerah Tachileik di Burma”

RANGKUMAN BICARA :


“… falsafah hidup tentang berbuat kebaikan, “buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali”, falsafah tentang tekad dan kesungguhan “genggam bara api biar jadi arang”, falsafah mempertahankan hak “biar putih tulang jangan putih mata”. Ini semua falsafah yang dihasilkan oleh orang Melayu tentang perihal kehidupan…”

“…tidak terlintas langsung dalam fikiran penulis bahawa ada juga orang Melayu di luar sempadan Tanah Melayu ini yang sudah tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu seperti orang Melayu di Malaysia...”

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Setiap pembelian buku ini melalui WarisAlam
merupakan sumbangan ke Tabung Projek 
JEJAK WARISAN JAWI


DAPATKAN BUKU INI SEGERA

RM 85.00 setebal 320 halaman dan melebihi 230 foto berwarna.